26 June 2014

♥ kasih utk si anak

Assalamualaikum blog ;)

Lama nda hapdet. Btw, now i am officially reg in phytoscience. Nda sabar mau mulakan berkaaching. Semoga Allah permudahkan dan limpahkan rezeki buat kami sekeluarga. Aamiin. Since aku masi housewife belum bekerja ni, try jala kan. Dlm berbisnes ni sure la ada risiko nya. Mana dengan orang yg cakap itu ini bisnes ni x bagus la bla bla bla, lemau lagi. Em its ok. Aku nda paksa untuk sepa2 join. Just sharing. Sapa mau, alhamdulillah rezeki zafran. Sapa nda mau, its ok, belum rezeki. At least i try. Daripada tunggu bulan jatuh ke riba kan? Sementara la ni kiranya, d kala diriku giat mencari pekerjaan pada ketika dan waktu ini. Yang pasti semua yg ku buat ni demi si anak. Hidup dalam zaman moden yang serba serbi mahal ni, memang memerlukan sumber kewangan yang banyak. Secara kasar ja, beli susu lagi, botol susu, pencuci botol, tukar puting botol susu, pampers, wet tisu. Baru itu, yg lain lain lagi? Baju semua. Since zafran lagi tidur bebuai, jadinya baru2 ni membeli lagi baby cradle. Naa tu pun kos juga bukan? Tu pun sudah makan ratus ratus. Cradle yg kami beli baru2 ni pun suda rm369. So memang pokoknya serba serbi duit. Aku pula 24/7 d ruma. Mo bisnes shaklee pun takut susah bergerak ambik barang dan pos. So, try la phyto ni. Hopefully membuahkan hasil. Semuanya demimu duhai arjunaku zafran.

Ok actually mau cerita pasal kes muhammad firdaus budak oku yang di temui di kurung dalam rumah di nilai. Sungguh menyayat hati. Ya aku memang nda tau cerita sebenar dari budak tu, mama dia, or keluarga budak tu. Tapi dari apa yang di laporkan dri media massa, nampak kekejaman mama budak tu. Maybe dia ada alasan sendiri yg kita tidak tahu. Tapi sungguh tidak logik kalau mama budak tu boleh cakap dia nda abaikan budak tu, dia sayang budak tu, dan dia kesempitan wang. Dari mana kesempitannya tu? Sedangkan di fahamkan dia ada gaji bulanan 1.5k. Dengan alasan nda cukup sebab bagi family d sabah dan tanggung anak ke2 nya yg sakit. Well semua org pun ada masalah. Aku sendiri pun jujur cakap la memang masalah kewangan. Tapi hubby selalu pesan, kita kena bersyukur, insyaAllah walau sikit, tapi cukup. Ya, its happen. Gaji hubby nda la besar mana. Tapi syukur boleh menampung hidup kami anak beranak. Hubby bayar kereta, beli barang zafran, beli barang dapur, belanja wife dia ni makan sedap dan jalan2. Hii. Gaji hubby nda sampai pun 2k. Betul kata hubby, makin besar gaji, makin la rasa itu ini nda cukup. Ada saja yg d mau. Kiranya mcm kehendak melebihi kemampuan. Hubby pernah rasa gaji besar masa d tempat kerja dulu. Beza dengan sekrang. Better now. Tambahan lagi sejak ada zafran hubby nda pernah berkira mo belikan barang zafran. Mahal macamana pun, hubby tetap belikan. Macamana seorang mama gaji besar dr hubby i tu boleh biarkan anak dia yg kekurangan upaya boleh hidup dengan sangat naif dan boleh di katakan, zalim. Dengan tiada baju, ada tapi reput. Jangan kan baju, spnder pun tiada. Hidup dalam bilik yg penuh dengan najis. 1 bulan suda tiada kasi makan. Begitu ka dia nda abai? Begitu katanya sayang? Dari sudut mana tidak di abai dan sudut mana di sayang tu? Mohon penjelasan la mama budak oii. Dia boleh pula pkai tdung bertingkat2 ala2 fareeda. Bermekap sakan lagi di facebook. Alahaii. Mampu pula? Spender dan baju anak pun nda mampu beli ka? :( kesian anak tu. Sayang? Nda abai? Aduhaii kalau ya pun sibuk cari nafkah, ndakan sanggup biar anak tu tidur dengan najis. Makan tiada. Ya Allah. Tidak ka dia ingat saat dia mengandungkan anak tu macamana kepayahannya? Kesakitan kontraksi, melahirkan, dan selepas melahirkan? Lupaka dia? Kalau pun susah sebegitu rupa, rasanya nda salah kalau dia balik ke sabah kembali ke keluarga. Sekurang2nya kalau dia kerja d negeri asal pun, dia sibuk macamana, anak tu ada keluarga tolong jaga, tolong tengok. Rawan ba hati tengok anak kena buat gitu. :( 

Malas komen panjang, apapun semoga dia dapat hukuman yg setimpal. Di dunia. Di akhirat, nah azab azab. Allah sahaja tahu. Dan hopefully si adik tu akan semakin pulih dan sihat. Serta di tempatkan di tempat yg sepatutnya. Jangan la bagi mama budak tu lagi jaga. Adeii serik pula aku nengok. Huu. 

Semoga aku sentiasa menjaga dan memelihara keluargaku, suami dan anak ku sebaiknya. Amanah dari ilahi. InsyaAllah. Aamiinn.

Till then,

Wassalam.


0 peeps loving me: