18 June 2014

♥ penipu telemarketing


Assalamualaikum blog 

03-92077200 dan 03-27883400.

Seriusly aku penah dpt panggilan dr no tertera d atas ni. Dari BSN katanya. Psl insurans. Hm. Masa dia cakap aku bukannya paham sangat, ngee. Lagi pula sure la aku nda berminat kan sebab masa dia kol aku manada kerja. Kalau ada kerja kali bole tepengaruh aku, huu. Syukur juga la nda tepengaruh stakat ni. Dan bila cek d blog2, rupanya no ni telemarketing. Ok sini aku copy paste dr beberapa blog haa. Panjang lebar ba penat mo taip, hee.

Copy from ; http://dunia-fj.blogspot.com/2013/01/03-92077200-dan-03-27883400-boleh-buat.html

Apa akan terjadi jikalau FJ menjawab panggilan tersebut?

1. FJ akan terpaksa melayan seorang Telemarketing Executive dari Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk pengetahuan para pembaca, BSN ada jual insurans yang ditawarkan oleh AIA, CIMB Aviva dan Chartis.

2. Telemarketing Executive itu akan meminta nombor IC milik FJ untuk pengesahan. Dia tak nak orang lain yang jawab telefon. Dia nak FJ juga. Butir diri FJ memang ada dalam rekod dia. Sebab tu dia nak pengesahan.

3. Kemudian, dia akan tanya sama ada FJ berminat untuk melanggan sesuatu insurans. Sekiranya FJ menjawab "Ya" maka FJ dikira bersetuju. Perbualan kami dirakam sebagai bukti bahawa FJ bersetuju.

4. Seterusnya, polisi insurans akan dikirim kepada FJ. Walaupun FJ tak tandatangan sebarang dokumen, FJ dah dikira sah bersetuju melanggan insurans tersebut.

5. Duit FJ akan diambil oleh pihak insurans melalui potongan di bank ataupun potongan gaji. Malah semasa FJ mendapat polisi insurans itu, duit FJ dah pun dicuri oleh kapitalis laknat.

Then....

Copy from ; http://mylovelyfamily-fahmar169.blogspot.com/2012/04/komen-dari-anonymous.html

Beberapa bulan lepas kes aku nih, aku dpt tau yg member opis aku nih ke admin opis utk buat pengesahan tentang potongan gaji yg dibuat tanpa pengetahuannya..Apabila disiasat rupa2nya potongan itu berkaitan dgn insurans AIA dan BSN..member pun pergi lar ke BSN utk buat aduan tetapi BSN macam tanak layan..dia just bg nombor AIA sahaja..kira suh settle sendiri lar...member aku pun call lar nombor yg diberi...setelah bersoal jawab sumer,  AIA tanya ada tak terima panggilan telefon dari telemarketing..member kata ada tp dia tak setuju pun...AIA ckp yg diorang ada rakaman perbualan yg mengatakan member setuju...so member aku nih nak stopkan potongan dan tak berminat dgn insurans nih...ok boleh..tapi kena buat surat...diorang akan stop tp kena potong lagi 2 bulan lar...DAN POTONGAN TU TAKKAN DI REFUND SEMULA....

Then aku tanya member...Ada bg diorang no ic tak? dia kata ada...Aku ckp kat dia..kalo betul ada rakaman percakapan yg mengatakan dia setuju, mintak diorang mainkan semula..nak dengar tang mana yg dia kata dia setuju...seingat member aku nih dia cuma ingat yg dia bagi nombor ic jer...dan ada beberapa persoalan yg dia jawab 'YA'...tp takder langsung ayat yg mengatakan..sy setuju terima insurans nih...tau2 gaji dah kena potong pastu dapat plak salinan polisi insurans...pelik kan....

Aku pun dapat panggilan yg serupa cuma bezanya aku tak bagi no ic...dan Alhamdulillah gaji aku ok jer...takder apa2 potongan pun...lagipun BSN mention Pengesahan butiran pelanggan akan dilakukan oleh Telemarketing Excecutive (TSR) di Pusat Panggilan BSN bagi pelanggan yang berminat untuk membeli produk insurans dan takaful tersebut...  aku tak minat pun dia still mintak no ic aku...utk apa sebenarnya kalo bukan utk menganiaya pelanggan...diorang mesti dpt komisen bg setiap insurans yg terjual...kalo customer btlkan insurans pun diorang bukannnya kena pulangkan blk komisen tuh...

Naaaa... See? 

Jadi jangan la kita terpedaya dengan org2 gini hoh. My hubby pun slalu dpt kol dr 03 apa ntah tu. Yg tu konon2 dari RHB. Insurans jugak. Aihh nda paham aku bank bank sekarang ni banyak propa menipu betul laaaa. Orang dalam pun nda bole pakai. Suka hati jak pas kita punya maklumat dengan org luar. Privacy katanya. Privacy apa macam tu? Kejam la org2 gini ni. Makan duit haram ko niaga macam tu. Menipu duit org lain. Hopefully patents aku nda terkena tipi helah dorang ni ba. Poyo ja semua penipu besar. Dosaaaa besar kamu kalau tipu org tua! Kalau jumpa memang aku ganyang2 la dorang ni ba. Eishhh. Pasni kalau aku kena kol lagi memang siap la ni. Tengah hot no ok hot hot!! 

Moral of this, kamu jangan terpedaya okkkk. Siasat dulu sebelum terkena.


Till then, 

Wassalam.



0 peeps loving me: